Bersempena kedatangan Ramadhan 1435 H bagi 2014 M, bulan Julai ini dikhususkan untuk Panitia Agama Islam. Maka, pada 30 Jun 2014 (Isnin) yang lalu, diadakan majlis perasmian Bulan Panitia Agama peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Salang.
Apabila dikatakan sebagai bulan panitia, akan disusun aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan panitia berkenaan.
Oleh kerana bulan Julai 2014 M atau bulan Ramadhan 1435 H ini ialah bulan Panitia Agama, Panitia Agama telah menyusun banyak aktiviti yang bersesuaian dan berkaitan dengan Islam, terutama berkaitan puasa.
Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
1. Infaq
2. Majlis berbuka puasa dan terawih
3. Tadarus
4. Gotong-royong membersihkan surau
5. Majlis khatam al-Quran
Seperti biasa, awal minggu puasa atau hari pertama persekolahan dalam bulan puasa, aktiviti membersihkan surau. Murid-murid diberi peluang untuk bersama membersihkan surau supaya surau sekolah sentiasa bersih setiap masa. Mereka dipupuk dengan sifat bersih dalam apa jua keadaan dan di mana mereka berada.
Aktiviti terakhir dan sebagai penutup bulan Panitia Agama, ialah majlis khatam al-Quran yang lazimnya dilakukan pada minggu terakhir persekolahan bulan puasa.
No comments:
Post a Comment