Pengenalan Surau
Surau sekolah merupakan syiar Islam di
sekolah. Pembinaannya bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadat solat
semata-mata sama ada secara individu atau berjemaah tetapi ia berfungsi sebagai
tempat pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah.
Selain menjadi tempat untuk melaksanakan
ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi
memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.
Sehubungan itu, Surau al-Mawaddah SK
Kampong Salang kini telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun
pelbagai program dan aktiviti bersesuaian dengan misi, visi dan matlamat Surau
al-Mawaddah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.
Program seperti program membudayakan
al-Quran, solat berjemaah, qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan
pelbagai lagi aktiviti keagamaan, kebanyakannya dilaksanakan di surau bagi
memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.
Visi Surau
Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti
Dunia dan Akhirat
Misi Surau
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai
pelengkap pembelajaran bagi memupuk nurani pelajar menuju keredhaan Ilahi
melalui pengajaran dan pembelajaran, ko-akademik dan ko-kurikulum.
Objektif Surau
1. Mengimarahkan surau dengan dengan
pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan
2. Melaksanakan pengurusan surau yang
efisien dan sistematik
3. Memupuk minat dan tabiat pelajar supaya
rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya
4. Melatih pelajar dengan kepimpinan dan
sahsiah islamiyyah yang unggul
5. Membantu pelajar menyelesaikan
permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa
6. Mewujudkan surau mithali yang menekankan
kepada budaya ilmu dan pembinaan insan
Matlamat Surau
1. Menjalankan aktiviti berkaitan solat
berjemaah
2. Melaksanakan program penghayatan Islam
seperti:
-
ceramah agama
-
Ma'al Hijrah
-
majlis tahlil dan bacaan Yasin
-
Maulidur Rasul
-
Israk Mikraj
-
Nisfu Sya'ban
-
bulan penghayatan Ramadan
-
lain-lain aktiviti berkaitan
3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
serta amali Pendidikan Islam
4. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang
tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah
No comments:
Post a Comment