Feature Top (Full Width)

Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan 1435 H

Bersempena kedatangan Ramadhan 1435 H bagi 2014 M, bulan Julai ini dikhususkan untuk Panitia Agama Islam. Maka, pada 30 Jun 2014 (Isnin) yang lalu, diadakan majlis perasmian Bulan Panitia Agama peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Salang.

Apabila dikatakan sebagai bulan panitia, akan disusun aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan panitia berkenaan.

Oleh kerana bulan Julai 2014 M atau bulan Ramadhan 1435 H ini ialah bulan Panitia Agama, Panitia Agama telah menyusun banyak aktiviti yang bersesuaian dan berkaitan dengan Islam, terutama berkaitan puasa.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
1.   Infaq
2.   Majlis berbuka puasa dan terawih
3.   Tadarus
4.   Gotong-royong membersihkan surau
5.   Majlis khatam al-Quran

Seperti biasa, awal minggu puasa atau hari pertama persekolahan dalam bulan puasa, aktiviti membersihkan surau. Murid-murid diberi peluang untuk bersama membersihkan surau supaya surau sekolah sentiasa bersih setiap masa. Mereka dipupuk dengan sifat bersih dalam apa jua keadaan dan di mana mereka berada.

Aktiviti terakhir dan sebagai penutup bulan Panitia Agama, ialah majlis khatam al-Quran yang lazimnya dilakukan pada minggu terakhir persekolahan bulan puasa.

Tuesday, March 11, 2014

Visi dan Misi j-QAF SK Kg Salang

Visi j-QAF

Pendidikan Berkesan Penjana Generasi al-Quran

Misi j-QAF

Bersama melaksanakan sistem pendidikan bermakna dan program berkesan demi membentuk insan berperibadi mulia, celik al-Quran dan jawi serta patuh suruhan agama

Friday, February 14, 2014

Surau SKKS ke-2 yang tiada nama

Surau ke-2 ini menggantikan surau lama, namun berubah lokasi. Surau lama dijadikan sebagai Bilik Matematik, manakala bilik darjah 4 Amanah yang lama (sebelum bertukar ke bangunan baru) dijadikan sebagai surau ke-2.

Kedudukan surau ke-2 ini berhadapan dengan Bilik Matematik dan bersebelahan kelas 4 Amanah 2014. Kedudukannya sangat hampir dengan pintu masuk SKKS.

Surau ini sudah dibersihkan sejak akhir tahun 2013, namun kerana sudah menghampiri cuti hujung tahun 2013, projek menghias surau ini ditangguhkan ke awal tahun ini.

Dinding sudah dikikis dan dicat semula. Lantai dihamparkan dengan tikar hijau. Buat masa sekarang, hanya memerlukan langsir dan hiasan dalaman dari aspek kata-kata, doa dan gambar yang bersesuaian.

Surau ini sudah mula digunakan untuk PdP. Berbanding surau al-Mawaddah yang berkunci dan hanya digunakan untuk PdP pada waktu pagi, surau ke-2 tidak dikunci dan boleh digunakan 24 jam.

Wednesday, February 12, 2014

Visi dan Misi Panitia Agama

Visi Panitia

Panitia Unggul Penjana Generasi al-Quran

Misi Panitia

Bersama melaksanakan sistem pendidikan bermakna dan program berkesan demi membentuk insan berperibadi mulia, celik al-Quran dan jawi serta patuh suruhan agama

Friday, January 24, 2014

Surau al-Mawaddah; Pengenalan, Visi, Misi, Objektif dan Matlamat

Pengenalan Surau

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjemaah tetapi ia berfungsi sebagai tempat pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah.

Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.

Sehubungan itu, Surau al-Mawaddah SK Kampong Salang kini telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti bersesuaian dengan misi, visi dan matlamat Surau al-Mawaddah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Program seperti program membudayakan al-Quran, solat berjemaah, qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan, kebanyakannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

Visi Surau

Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia dan Akhirat

Misi Surau

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran bagi memupuk nurani pelajar menuju keredhaan Ilahi melalui pengajaran dan pembelajaran, ko-akademik dan ko-kurikulum.

Objektif Surau

1. Mengimarahkan surau dengan dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan
2. Melaksanakan pengurusan surau yang efisien dan sistematik
3. Memupuk minat dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya
4. Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah islamiyyah yang unggul
5. Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa
6. Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan

Matlamat Surau

1. Menjalankan aktiviti berkaitan solat berjemaah
2. Melaksanakan program penghayatan Islam seperti:
  - ceramah agama
  - Ma'al Hijrah
  - majlis tahlil dan bacaan Yasin
  - Maulidur Rasul
  - Israk Mikraj
  - Nisfu Sya'ban
  - bulan penghayatan Ramadan
  - lain-lain aktiviti berkaitan
3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta amali Pendidikan Islam

4. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah

Sunday, September 22, 2013

Latar Belakang Surau al-Mawaddah

Surau SK Kampong Salang asalnya terletak di bangunan tambahan, antara makmal komputer dan bangunan lama kelas Tahap 2. Keluasan yang terhad tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai khususnya sewaktu solat Zohor berjemaah. 

Setelah siap bangunan baru, pemindahan bilik guru ke bangunan baru menyebabkan pihak sekolah bermurah hati menyerahkan bilik guru lama kepada Panitia Pendidikan Islam untuk dijadikan surau baru dan mula digunakan pada Oktober 2012. 

Pihak TNB bermurah hati menyumbangkan karpet di dalam surau, manakala perbelanjaan untuk tempat wuduk perempuan disumbangkan oleh Menteri Besar Perlis, YB Mat Isa bin Sabu. Peruntukan untuk menceriakan surau diambil dari tabung surau dan kutipan dari guru-guru Panitia Pendidikan Islam SK Kampong Salang. 

Surau ini dinamakan sebagai Surau al-Mawaddah, yang bermaksud Surau Kasih Sayang.